AWAL MULA PERTAMA MULA PEMBUKA BICARA......

AWAL MULA PERTAMA MULA PEMBUKA BICARA......

Salam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Dari Kaca Mata Media

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Aktiviti Ahli MyJ KL OGOS 2009  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

KARNIVAL MINI EKSPO TAMAN PINGGIRAN USJ


TARIKH : 15 OGOS 2009

TEMPAT : TAMAN PINGGIRAN USJ

MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PTG






TAHNIAH! TINGKATKAN USAHA...

DAN JUMPA DI PUNCAK KEJAYAAN.......


SEMBANG-SEMBANG SANTAI...  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

SEMBANG-SEMBANG SANTAI PERSOALAN MENDIRIKAN SOLAT TARAWIH


Soalan-Soalan Yang Dikemukakan….


Sembahyang tarawih ni sebenarnya berapa rakaat? Kenapa ada yang 8 rakaat, ada yang 20 rakaat?

Rasulullah s.a.w sebenarnya buat 8 rakaat aje. Khalifah Umar al-Khattab lah yang mulakan 20 rakaat yang kebanyakan orang Islam seluruh dunia buat sekarang. So terpulanglah pada masing2, nak buat 8 ke 20, tak salah, yang penting mesti rileks dan khusyuk agar diterima Allah.


Nak tarawih sorang sorang niat dia apa?

Usolli sunnat-at-Tarawaih rak ‘ataini Llillahi Ta’ala

(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sendiri kerana Allah Ta’ala)


Nak tarawih ikut imam niat dia apa?
Usolli sunnat-at-Tarawaih rak ‘ataini ma’muman Lillahi Ta’ala

(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala)

Boleh tak sembahyang tarawih sorang sorang kat rumah?

Tarawih tu sunat, tak wajib, jadi suka hati lah. Tapi, kalau buat jamaahtu, orait jugak. Pahala 27 kali ganda campur lagi pahala setiap langkah pegi masjid, campur pahala niat iktikaf kat masjid, campur gugur dosa bila bersalaman dengan jemaah, campur pahala solat sunat tahyat masjid dll. Katakhirat boleh tolong kita woooo……


Kalau saya sembahyang sorang sorang kat rumah nak baca apa?

Baca apa2 yg kau nak ler..Tapi kalau mengikut kebiasaan, selepas bacaAl-Fatihah, kita ikut susunan Al-Quran dari ayat yang tinggi ke ayat yang rendah. Sebagai contoh ada imam2 baca berikut:


Tarawih Petama :

1st Rakaat - Al Takathur (”Alhakumuttakthur…”)

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kedua :1st Rakaat - Al-Asri (”Wal ‘Asri…”)

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Ketiga:1st Rakaat - Al-Humazah (”Wailullikulli humazah…”)

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)
Tarawih Keempat :1st Rakaat - Al-Fil (”Alam tarakai….”)

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)
Tarawih Kelima :1st Rakaat - Al-Kuraisy (”Li i la fi quraisy…”)

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Keenam :1st Rakaat - Al-Maun (”Ara aitallazhi…”).

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)
Tarawih Ketujuh :1st Rakaat - Al-Kauthat (”Inna A’taina..”).

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)
Tarawih Kelapan :1st Rakaat - Al-Kafirun (”Kul ya Aiyyuhal kafirun…”).

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

Tarawih Kesembilan :1st Rakaat - Al-Nasr (Iza jaa’a )

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)
Tarawih Kesepuluh :1st Rakaat - Al-Lahab (”Tabbat ya da…”).

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)
Witir Pertama :1st Rakaat - Al-A’la (”Sabbihismarabbikal A’la….”).

2nd Rakaat - Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)
Witir Kedua :Satu rakaat jek - Bacaan Al-Ikhlas (”Kul huAllahu Ahad..”)

sambung Al-Falaq (”Kul A’uzubirabbil Falaq)sambung An-Nas (”Kul A’uzubirabbinnas”)

Ni sume sekadar guideline je yang biasanya diamalkan di sini. Ada jugak yang baca satu juz dalam satu Tarawih, seperti di Masjidil Haram, di kebanyakan masjid masjid di middle-east dan Europe, di sesetengah masjid di Indonesia dan Malaysia dan di masjid Bukit Batok.


Kalau sembahyang 8 rakaat baca apa?

Ikut je susunan bacaan di atas dari Tarawih ketujuh sampai ke sepuluh.


Witir tu sama dengan tarawih ke?

Tak lah, kan niat dia lain. Witir tiap2 malam boleh buat, tak payah tunggu bulan Ramadan. Tarawih hanya boleh dilakukan eksklusif dalam bulan Ramadan, sebagaimana ditetapkan Allah.


Kalau tak sembahyang witir boleh?

Tarawih je….Witir tu kan macam penutup, kan? Eloklah kalau kita buat witir, eh? Apasal kat masjid2 ramai orang keluar lepas 8 rakaat, lepas witir dll. Diorang nak keluar diorang punya sukalah. Rata2 yang keluar lepas 8 rakaat tu biasanya pasal nak ikut sunnah, buat lapan cukup. Yang keluar lepas witir tu pasal solat witir tu kira macam ‘to wrap up the night’, so mungkin diorang2 ni nak sambung sembahyang tahajjud, sembahyang hajat dll kat rumah sendiri, jadi tak mau bungkus dulu.

Yang keluar lepas solat Isyak tu sume pengantin baru.


AKHIR KATA….SELAMAT BERTERAWIH….

SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DIBERKATINYA……INSYAALLAH……………….

NISFU SYAABAN  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

Nisfu Syaaban dan Ramadan

Oleh

PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA

NEGERI SEMBILAN



Membaca yasin adalah antara amalan umat Islam apabila menyambut nisfu Syaaban.

--------------------------------------------------------------------------------



SEKARANG kita sudah semakin hampir ke penghujung Syaaban dan semakin mendekati Ramadan al-Mubarak, alhamdulillah.

Sesudah kita meraikan Rejab dengan kelebihan Israk dan Mikrajnya, kita diberi peluang menghayati bulan Syaaban dengan segala kelebihannya seperti yang telah kita himbau di minggu lepas, terutamanya kelebihan malam nisfu Syaaban yang baru kita lalui.

Tidak beberapa hari lagi, kita akan, insya-Allah memasuki gerbang Ramadan yang penuh keberkatan dan keistimewaan termasuklah malam yang paling mulia, lailatul qadar. Semoga kita menemukannya pada tahun ini. Amin.

Jelas kelihatan bagaimana Rejab dan Syaaban dijadikan sebegitu rupa agar berperanan sebagai kelas persediaan untuk memasuki madrasah Ramadan termasuklah yang baru kita tempuhi iaitu malam nisfu Syaaban yang mana Rasulullah SAW amat menghargainya dan tidak melepaskan peluang menghidupkannya dengan munajat dan qiam.

Ada kalangan para ulama yang berpandangan bahawa malam nisfu Syaaban berkedudukan di tangga kedua sebagai malam yang paling mulia di sisi Tuhan selepas lailatul qadar. Bersungguh-sungguh menghidupkan malam nisfu Syaaban turut bermakna kita mencalonkan nama-nama kita untuk 'meminang' lailatul qadar.

Di antara kebesaran dan kehebatan sesuatu perkara ialah banyaknya nama dan gelaran baginya. Nisfu Syaaban turut memiliki ciri ini. Ia digelar oleh para pemuka ulama dari kalangan salaf dan khalaf dengan pelbagai nama yang mulia termasuklah Lailah al-Barakah (Malam Keberkatan), Lailah al-Ghufran (Malam Pengampunan) dan Lailah al-'Itq min al Nar (Malam Pembebasan Dari Api Neraka) Lailah al Baraah (Malam Pelepasan).

Semua nama ini bukanlah gelaran kosong kerana memang perkara-perkara inilah yang ditawarkan dan diburu pada malam tersebut.

Merayu bantuan

Nisfu Syaaban adalah antara sebaik-baik malam untuk kita bermesra, mengadu hal dan merayu bantuan dan pertolongan Tuhan. Maka sudah menjadi kebiasaan para solehin umat ini mengikut jejak langkah Penghulu mereka yang telah meninggalkan contoh yang agung dalam memuliakan malam yang penuh mustajab dan berkat ini.

Diriwayatkan oleh Abdur Razzaq ibn Humam daripada Ali ibn Abu Talib r.a daripada Nabi SAW bersabda: "Apabila tiba malam nisfu Syaaban, hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana Allah SWT menurunkan perintah-Nya pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari. Lalu Allah berfirman, "Adakah terdapat di kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Aku ampunkannya. Adakah terdapat di kalangan mereka yang memohon rezeki, maka akan Aku turunkan rezeki untuknya. Adakah di kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Aku sejahterakannya. Adakah di kalangan mereka begini dan adakah di kalangan mereka begini sehinggalah menjelangnya fajar". (Dikeluarkan oleh Ibnu Majah di dalam Sunannya)

Dikeluarkan oleh Imam al-Dar al-Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a, beliau berkata: "Pada suatu malam, aku kehilangan Rasulullah maka aku pun keluar mencarinya dan aku menemui Baginda SAW di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda SAW bersabda, "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah berkata: Aku berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah! Aku cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain". Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah SAW turun (menurunkan rahmat atau perintah-Nya) ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab".

Al Dar Qutni telah meriwayatkan juga hadis Bakar ibn Sahl daripada Hisyam ibn 'Urwah daripada bapanya, daripada Aisyah r.a: "Malam Nisfu Syaaban adalah malam giliranku bersama Rasulullah SAW. Pada malam itu, Rasulullah SAW bermalam di sisiku. Tatkala tengah malam, aku kehilangan Baginda SAW dari alas tempat tidurku. Demi Allah! Alas kain tempat tidurku itu bukanlah kain bulu yang ditenun dengan sutera, atau kapas". Aisyah ditanya, "kain apakah itu?" Jawab Aisyah, "Ia adalah kain bulu dan isinya daripada bulu unta. Maka aku mencarinya di bilik-bilik isterinya yang lain tetapi aku tidak menemuinya. Lalu aku kembali semula ke bilikku, dan aku mendapati Baginda SAW seperti sehelai baju yang jatuh ke tanah sedang sujud dan Baginda SAW menyebut di dalam sujudnya: "Telah sujud kepada-Mu jasad dan wajahku, telah beriman denganMu kalbuku. Inilah tanganku dan jenayah ke atas diriku yang telah aku lakukan dengannya. Wahai Tuhan Yang Maha Besar yang diharapkan oleh segala yang besar! Ampunilah dosaku yang besar. Telah sujudlah wajahku kepada Allah yang menciptakannya, membentukkan rupa parasnya, memberikan pendengaran dan penglihatannya".

Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidak terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas Zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud a.s: "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud kepada-Nya".

Kemudian Baginda SAW mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka".

Aku mendengar Baginda SAW membaca dalam sujudnya: "Aku memohon perlindungan dengan keampunan-Mu dari balasan azab-Mu dan aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada azab-Mu. Sungguh besar Zat-Mu yang tidak terhitung pujiannya ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas Zat-Mu".

Solat tasbih

Itulah suatu gambaran bagaimana Nabi kita SAW begitu menghayati dan memuliakan malam nisfu Syaaban. Sunnah baginda ini telah menyuntik inspirasi kepada para pemuka ulama umat ini untuk turut menghidupkan malam tersebut.

Selain itu, kita juga dianjurkan agar menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan solat tasbih. Menerusi hadis yang panjang itu, Rasulullah SAW menyatakan bahawa solat tasbih adalah antara 10 perkara yang jika dilakukan akan mengampunkan dosa yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan disengajakan, yang kecil mahupun besar malah, yang dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.

Malah baginda SAW turut menyarankan agar kita menunaikan solat tasbih setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau setidak-tidaknya seumur hidup sekali.

Menurut Sheikh Soleh al-Jaafari al-Azhari, mantan Imam Besar dan tenaga pengajar di Masjid al-Azhar, malam tersebut juga boleh dihidupkan dengan pelbagai jenis ibadah lain untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti solat, membaca al-Quran, berzikir dan berselawat ke atas Nabi SAW.

Namun Sheikh Salim al-Sanhuri al-Maliki lebih mengutamakan solat tasbih kerana galakan yang kuat daripada Nabi SAW kepada bapa saudaranya, al-Abbas r.a dan pahalanya yang amat besar.

Adalah amat tidak wajar jika kebiasaan sesetengah umat untuk menghidupkan malam tersebut dengan cara tertentu dijadikan pertikaian termasuk atas alasan cara tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Oleh kerana galakan Nabi SAW itu umum sifatnya maka terserahlah kepada umat untuk memilih cara yang paling baik sesuai dengan kemampuan mereka. Tidak peliklah misalannya jika mereka memilih untuk membaca surah yasin pada malam itu kerana surah tersebut adalah yang paling mudah dibaca oleh kebanyakan orang dan pada masa yang sama adalah antara surah yang teristimewa dalam al-Quran.

Alasan bahawa Rasulullah SAW tidak melakukannya tidak semestinya menunjukkan ke atas pengharaman sesuatu kerana kaedah syariat ada al-Tarku la yuntiju Hukman yang bermaksud bahawa setiap perkara yang ditinggalkan oleh Nabi SAW tidak membawa implikasi hukum.

Oleh itu apa-apa yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda SAW yang tidak bercanggah dengan syarak dan tidak disertai larangan daripada Baginda SAW, tidaklah menunjukkan pengharamannya.

Menerusi sekian banyak hadis dan athar yang merakamkan bagaimana Rasulullah SAW, para sahabat dan salafussoleh yang lain memburu peluang menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berdoa dan beribadat kepada Allah SWT, jelas kepada kita tentang keistimewaan dan kelebihan malam yang penuh berkat ini.

Bagi mereka yang telah ditaufiqkan menghidupkannya pada tahun ini, tahniah kita ucapkan dan semoga amalan mereka ditempatkan ditempat yang mulia di sisi Tuhan, rabbul jalil.

Bagi mereka yang ketinggalan atau tertinggal pada kali ini, wajarlah mereka merasa kesal dan menyesal di atas kelalaian mereka itu. Mungkin sahaja jika kekesalan mereka itu benar-benar jujur dan mendalam ia akan turut melayakkan mereka mendapatkan ganjaran seolah-olah mereka telah pun turut memuliakan malam tersebut.

Semoga kedua-dua kelompok ini akan dikira layak untuk memuliakan malam ini di tahun-tahun mendatang serta dipilih untuk menjadi calon-calon terbaik untuk lailatul qadar dan madrasah Ramadan yang bakal tiba.

Amin ya rabbal alamin.

KOLEKSI KATA-KATA MOTIVASI.......  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

Kata-kata Motivasi
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga andadapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalammerealisasikan impian anda.Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier :Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

- Charles Cahier :Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.

- James Allen :Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

- Peribahasa Cina :Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.

- Benjamin Disraeli :Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

- I. Salanter Lipkin :Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkankualiti yang baik dalam perbuatannya.

- Aristotle :Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

- Albert Camus :Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

- Marcus Aurelius :Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

- Jose Joaquin Olmedo :Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

- Joseph Conrad :Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

- William J. Siegel :Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

- Philip Massinger :Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

- Lao Tze :Kegagalan adalah asas kemenangan

- Lao Tze :Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

- Lao Tze :Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

- Flower A. Newhouse :Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

- Samuel Johnson :Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

- Cecil B. DeMille :Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

- Peribahasa Arab :Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

- Peribahasa Melayu :Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selarasdengan tindakannya.

- Confucius :Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

SIRI MOTIVASI II  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN


Siri Motivasi I  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN


MAJLIS MPP MYJKL.....UNIKEB, BANGI....5 OGOS 2009  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

Awal mula pertama mula........Salam.......Terima Kasih atas sokongan para Usahawan Jutawan MyJ di mana pun anda berada........

Kepada Icon MyJ...CDM Suhaili Yusop, semuga kehidupan anda sekeluarga diberkati olehNYA...

CDM2 MyJ....DDM2.....DSM2....SSM2.....SM2...dan rakan kongsi semua............


MAJLIS MPP EDISI OGOS.....
TARIKH : 5 OGOS 2009

MASA : 9.00 - 11.30 MLM

TEMPAT : UNIKEB, UKM BANGI




TERIMA KASIH DAUN KELADI....BERSAMA-SAMA KITA MENUJU KE PUNCAK KEJAYAAN.................

WASSALAM....

MBC  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

SENARAI MyJ BUSINESS CENTRE (MBC)

1. MBC 001 BANDAR BARU UDA
2. MBC 002 BANDAR BARU UDA ( 7E)
3. MBC 003 KULAI
4. MBC 004 KLUANG UTARA
5. MBC 005 KLUANG SELATAN
6. MBC 006 YONG PENG
7. MBC 007 BATU PAHAT
8. MBC 008 MUAR
9. MBC 009 SEGAMAT
10. MBC 010 KOTA TINGGI
11. MBC 011 GELANG PATAH
12. MBC 012 PASIR GUDANG
13. MBC 013 BANDAR TENGGARA
14. MBC 014 MERSING
15. MBC 015 KUCHING
16. MBC 016 SIBU
17. MBC 017 MELAKA
18. MBC 018 AMPANG
19. MBC 019 IPOH
20. MBC 020 KUALA KANGSAR
21. MBC 021 KOTA KINABALU
22. MBC 022 KOTA MARUDU
23. MBC M23 PAPAR
24. MBC 024 SHAH ALAM
25. MBC 025 SEREMBAN
26. MBC 026 KUALA TERENGGANU

AKTIVITI - AKTIVITI AHLI MyJ KL

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

HOME Kembali ke ATAS