AWAL MULA PERTAMA MULA PEMBUKA BICARA......

AWAL MULA PERTAMA MULA PEMBUKA BICARA......

Salam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Dari Kaca Mata Media

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

BERSEDIAKAH ANDA...? BERSAMA DUTA HAI-O...  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

JANGAN KETINGGALAN YA...........................



Lagu buat ayah
Oleh Norhayati Nordinyati@hmetro.com.my
Rap


SETIAP kali nama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meniti di bibir, kemantapan vokalnya sering diperkata. Bahkan, sekalipun sudah berumah tangga dan mencecah usia 30 tahun, wanita kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini tetap cemerlang berlagu di pentas.
Malah, perkahwinan nyata bukan halangan untuknya terus berada di kemuncak kejayaan. Ini dibuktikan menerusi Konsert Eksklusif Satu yang dijayakannya di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 26 hingga 28 Jun lalu.Hanya tiga hari, sambutannya tetap hebat. Namun, sayang sekali detik bersejarah itu tidak dapat dikongsi bersama bapa tersayang, Tarudin Ismail, 67, yang meninggal dunia pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung, komplikasi buah pinggang dan kencing manis.Sejak itu, ibunya, Siti Salmah Bachik menggalas peranan sebagai penguat semangat dan penyokong setia Siti selain suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (DK). Apapun, Siti seorang yang tabah apabila karier nyanyian digilap lebih sedekad lalu kekal kukuh.Kemunculan artis baru, tidak menggugat takhta diungguli penyanyi wanita nombor satu negara ini. Namun, kasih ayah tidak pernah hilang walaupun jasad sudah tiada. Demi kasih itu, Siti dan adik-beradiknya merakamkan lagu istimewa.Kata diva terkenal ini, idea merakamkan lagu Kini Kau Jauh ciptaan Aidit Alfian dan lirik Ad Samad itu datang daripada ibunya. Justeru, berkongsi perasaan yang sama, ia dinyanyikan Siti dengan adik-beradiknya - Ayie, Saida, Ali dan Sairah."Memang ketiadaan ayah cukup dirasai kami keluarga yang merinduinya. Namun, apabila ibu melahirkan idea ini rasanya ada baik juga menjadikannya realiti. Malah, ketika rakaman dibuat sebulan lalu, ibu turut luangkan masa hadir menyaksikan kami."Ini lagu istimewa kami sekeluarga buat arwah ayah dan akan dimuatkan dalam album duo Saida dan Sairah yang memuatkan lapan lagu. Ia dijangka berada di pasaran tahun ini juga berikutan semua lagu sudah dirakam dan kini dalam proses akhir," katanya.


Menurut penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini, selain sibuk menyiapkan album untuk artis di bawah naungan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP), beliau juga akan menjayakan Konsert Warna Datuk Siti Nurhaliza pada 14 November depan.Bersempena sambutan ulang tahun ke-17 syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd (Hai-O) sebagai penganjur, Siti dijangka menghiburkan kira-kira 10,000 pengunjung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor bermula jam 8.45 malam selama dua jam.
Siti berkata, kira-kira 13 lagu akan dinyanyikannya secara solo selama 90 minit. Menurutnya lagi, semua lagu didendang nanti pernah dipopularkan sebelum ini. Turut ditampilkan tiga artis SNP iaitu Saida, Sairah dan Kumpulan Coda.


"Mereka akan membuat persembahan pada awal konsert. Saya membawa mereka bersama sebagai artis undangan di konsert ini untuk memberi pendedahan terhadap persembahan berskala besar. Secara tidak langsung, ini akan menjadi platform buat mereka."Apapun, saya berterima kasih kepada Hai-O kerana sudi memilih Siti Nurhaliza untuk menjayakan konsert sempena ulang tahun syarikat itu. Malah, pada konsert itu nanti saya akan menghiburkan 6,000 ahli Hai-O termasuk 4,000 peminat. "Jadi, kepada orang ramai dan peminat yang ingin menyaksikan konsert saya ini, boleh mendapatkan tiket pada harga RM60 di Box Office (IB), Triways Travel & Tours (KLCC/ Taman Tun Dr Ismail), Malaysia Travel Bureau, Sri Amera Holiday Sdn Bhd (Plaza Alam Sentral, Shah Alam), Pasar Awam (Presint 16, Putrajaya) dan TicketCharge, The Boulevard (Mid Valley)."Selain itu, tiket juga boleh dilanggan secara langsung di laman sesawang ticket2u.biz dan penjualannya bermula hari ini (semalam). Bagaimanapun, dalam konsert ini persembahan artis akan diiringi pemuzik profesional di bawah pimpinan Aubrey Suwito," katanya.Ditanya apakah dia menerima tawaran Hai-O yang melamarnya untuk konsert itu pertengahan Mac lalu disebabkan bayaran besar mencecah jutaan ringgit, Siti berkata semua itu hanya khabar angin semata-mata kerana jumlah sebenar tidak sebanyak itu."Apa yang saya boleh katakan, bayaran diterima sangat berpatutan. Malah, saya harap kemunculan di konsert ini dapat menghiburkan ahli Hai-O dan peminat dengan persembahan mantap dan bertenaga," katanya bersemangat
.


Ditanya mengenai sahabat baiknya, Kris Dayanti atau KD yang berkunjung ke negara ini kerana melancarkan album Kris di Kelab Borneo Baruk dan persembahan amal untuk mengutip derma tabung gempa bumi di Padang Indonesia, jam 8.30 malam, Siti berkata beliau akan menghadirinya."Sebagai rakan, saya akan memberi sokongan kepada KD terhadap kariernya dan bukan perihal peribadi. Soal kontroversi perceraian, tiada kena-mengena dalam persahabatan kami. Tambahan pula kami rancang menghasilkan album duet bersama."Dijangka proses rakamannya dibuat di negara ini dan bagi pihak saya pun, lagu sudah ada. Kini hanya menunggu lagu daripada KD saja. Walaupun menyedari situasi kurang menyenangkan sesetengah pihak di Indonesia terhadap Malaysia, ia ia tidak menjejaskan kerjasama kami," katanya.Menurut Siti lagi, jika semua berjalan lancar album duet itu akan di pasarkan di kedua-dua negara pada hujung tahun ini.


Sidang media yang diadakan di SNP itu, turut dihadiri Pengarah Hai-O, Tan Kee Hock, Saida, Sairah dan kumpulan Coda.

AKTIVITI SEMASA  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN


















































KENALILAH IKON 'MyJ PROJECT'  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

















MyJ-KL BERSAMA USAHAWAN JUTAWAN MyJ  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

MyJ Hebat....


MyJ Sentiasa di Hadapan  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

MINGGUAN WANITA 21-27 OGOS 2009 / 30 SYAABAN - 6 RAMADAN 1430



HAI O MEMANG HEBAT  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN


MASIH LAGI RASA SANGSI?  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=438867

08 September, 2009 15:47 PM


Hai-O Marketing Jangka Pendapatan Berkembang 10 Peratus Bagi 2010

Oleh Nor Baizura BasriKUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat pemasaran pelbagai peringkat, Hai-O Marketing Sdn Bhd, menjangka pendapatannya meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 April, 2010, dipacu daripada aktiviti promosi dan iklannya yang agresif.

Pengarah Urusannya Ng Lip Yong berkata sejak Mac, syarikat itu menjalankan kempen promosi yang giat melibatkan iklan televisyen serta menukar rupa bentuk 30 papan tanda besarnya.

"Kami menampilkan lebih banyak papan tanda besar dengan rupa bentuk lebih moden di sepanjang lebuh raya dan di lokasi strategik, jadi semua orang akan tahu mengenai Hai-O."Moral tinggi dalam syarikat sekarang, dan ini sebenarnya memberikan keyakinan kepada pengedar kami," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Syarikat itu mencatatkan pendapatan RM350 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 April, 2009, pertumbuhan lebih 20 peratus daripada RM280 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.Syarikat itu telahpun mencapai sasaran 100,000 anggota tahun ini.Menurut Ng, Hai-O berharap dapat menambah sekurang-kurangnya 3,000 anggota aktif baharu sebulan sebelum akhir tahun ini."Apabila ekonomi kurang baik, itulah masanya biasanya ramai orang mencari pendapatan tambahan. Saya rasa ekonomi Malaysia sedang berada di fasa pemulihan, yang menjadikan situasi malahan bertambah baik sekarang," katanya.

Ng mendedahkan bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan baharu, syarikat itu menawarkan beberapa skim insentif kepada pengedarnya yang berjaya mencapai sasaran khusus.Baru-baru ini, syarikat itu membelanjakan RM2.4 juta untuk menghantar 426 pengedar mengerjakan Umrah di bawah skim tersebut. Ini juga merupakan kumpulan terbesar di bawah skim ini. Syarikat itu mengadakan program insentif yang sama pada 2004 dan 2007 tetapi melibatkan hanya kumpulan yang kecil.

Hai-O Marketing, yang baru-baru ini melebarkan sayapnya ke Indonesia, menyasar antara satu hingga dua tahun sebelum operasi di sana boleh mula memberi sumbangan kepada pendapatan syarikat."Kami akan akan menyediakan penajaan antarabangsa bagi Indonesia. Ini bermakna pengedar Malaysia boleh menaja pengedar bawahan di Indonesia. Ini merupakan langkah pertama bagi kami dalam mengembangkan operasi di luar negara."Kami telah mula menerima permohonan daripada mereka yang berminat menjadi anggota di Indonesia," katanya.Pejabat di Indonesia mula beroperasi bulan lepas.Ng berkata syarikat itu menjangka mempunyai 5,000 hingga 10,000 anggota baharu di Indonesia dalam tahun pertama operasinya.Bagi operasi awal di sana, Hai-O membelanjakan AS$1 juta."Indonesia merupakan pasaran yang menjadi sasaran ramai usahawan Malaysia dan banyak syarikat mencapai kejayaan di sana.

Secara asasnya, anda perlu mempunyai produk, harga dan pelan pemasaran yang betul serta kepimpinan," katanya.Antara produk Hai-O yang dijangka menjadi tarikan adalah penapis airnya, Bio Aura.

-- BERNAMA


SERIUS...? TERKINI....! BERAT SAMA DIPIKUL? RINGAN SAMA DIJINJING?  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN


TAHNIAH! HAI-O MARKETING..........

BIO AURA  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

(Klik GAMBAR untuk INFO yang lebih lanjut)

Menurut laporan WHO mengenai air minuman seisi rumah, didapati 1.6 juta kes kematian diarea yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan air minuman yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak bersih. Maka, memilih sebuah penapis yang berkesan adalah sangat penting. Bagaimana menentukan keberkesanannya? Dapatkan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan di bawah:

Air minuman yang disalurkan keluar dari paip air rumah saya kerap tercemar.
Adakah Bio Aura dapat mengatasi masalah ini?
Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia
Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
Unsur-unsur mineral yang seimbang;
Nilai pH cenderung kepada alkali;
Molekul-molekul yang kecil.


Bolehkah penapis biasa mengatasi masalah seperti yang dinyatakan di atas?
Penapis-penapis di pasaran dapat menapis keladak pejal dan membasmi mikroorganisma. Akan tetapi, ia tidak dapat mengekalkan unsur-unsur mineral yang baik untuk badan. Selain itu, nilai pH air yang ditapis oleh penapis biasa adalah lebih kurang 6 dan berasid, padahal badan manusia memerlukan air yang bernilai pH 7~ 8, beralkali.


Apakah kelebihan air Bio Aura?
Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.


Adakah penting untuk mengekalkan unsur- unsur mineral?
Mineral (seperti kalsium, magnesium, selenium dan sebagainya) adalah salah satu unsur penting dalam badan manusia. Sebagai contoh, magnesium yang larut dalam air berperanan penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit jantung. Kenyataan ini telah diakui oleh saintis. Oleh itu.

Mengapa kita perlu meminum air yang beralkali?
Susuk badan yang bersifat neutral atau beralkali adalah paling baik untuk sel-sel, kerana dapat membantu dalam metabolisme badan, menyingkirkan bahan yang belum dihadam dan toksin, meringankan beban organ-organ dalaman dan Sebaliknya, susuk badan yang bersifat asid membebankan ginjal dan hati, mudah berlakunya penyakit tamadun serta berasa letih, tidak sabar, gemuk, tertekan, tidak cukup tidur dan mengalami penuaan sebelum usia.


Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
Penghadaman;
Menyingkirkan bahan buangan;
Melicinkan sendi-sendi;
Mengimbangkan suhu badan;
Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.


Adakah unsur-unsur berguna air Bio Aura akan terjejas jika ia dididih atau disejukbekukan?
Tidak, air Bio Aura mempunyai molekul-molekul kecil yang terusun rapat dan stabil. Maka, unsur-unsur berguna Sebenarnya, Bio Aura telah menyingkirkan bahan-bahan yang berbahaya dan mengekalkan unsur-unsur berguna, maka ia boleh terus diminum tanpa dididih.



Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?
Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.

Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?
Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan, <>Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.

Bagaimana saya mencuci penapis seramik?
Tanggalkan penapis mengikut diagram di dalam manual pengguna. dan kemudiannya pasang semula ke dalam katrij. Ringkas dan mudah sekali!



Klik pada gambar jika inginkan penerangan yang lebih jelas....... Terima Kasih.






Copyright 2009 MyJ Project / CDM Kamizi
&
Copyright 2007 HAI-O MARKETING (M) SDN BHD. All rights reserved.Wisma Hai-O, Lot 11995, Batu 2, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia




PREMIUM BEAUTIFUL  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN


PREMIUM BEAUTIFUL

PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN

(Klik GAMBAR untuk INFO yang lebih lanjut)

Pakaian dalam pembentukan badan PREMIUM BEAUTIFUL berfungsi untuk membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik serta menghasilkan bentuk badan yang sihat dan seimbang.

PREMIUM BEAUTIFUL adalah pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi FAR INFRARED RAYS (FIR) yang terbukti memberi nafas baru dalam kesihatan, kecantikan, keanggunan dan keyakinan. Ianya sesuai dipakai sepanjang hari kerana kehalusan, kelembutan dan keselesaan pada kulit.

PREMIUM BEAUTIFUL memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa perlu mengambil ubat, melakukan pembedahan dan senaman.
PREMIUM BEAUTIFUL dihasilkan dengan kelebihan kualiti kain yang mempunyai:


© Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh (FAR INFRARED RAYS) yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

© Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

© Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah rekabentuk asalnya.

© Sinar infra merah jauh (FAR INFRARED RAYS) yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.

KEISTIMEWAAN F.I.R (FAR INFRARED RAYS)

  • MEMBANTU DAN MEMBETULKAN SERTA MEMULIHKAN SISTEM SARAF
  • MEMBANTU MEMBETULKAN SALURAN DARAH ARTERI, KAPILARI DAN PEMBULUH UTAMA.

  • MEMBANTU MEMBETULKAN DAN MEMULIHKAN SISTEM PERNAFASAN

  • MEMBANTU MENINGKATKAN KADAR METABOLISME

  • MEMBANTU MENGURANGKAN LEMAK, BAHAN KIMIA DAN TOKSIN SERTA KANDUNGAN ASID DALAM DARAH.

  • MEMBANTU MENGELUARKAN PELUH ASID DALAM TUBUH BADAN

  • MEMBANTU MENGGALAKKAN TUMBESARAN LEBIH TERATUR DAN SEMPURNA

  • MEMBANTU MENCEGAH PERTUMBUHAN BAKTERIA

  • MEMBANTU MENGHILANGKAN RASA KESAKITAN PADA TUBUH BADAN

  • MEMBANTU MENGHILANGKAN KULAT DAN FUNGUS

  • MEMBANTU MENGHILANGKAN BAU BADAN YANG KURANG MENYENANGKAN

  • MEMBANTU MEMBERSIHKAN ALIRAN UDARA

  • MEMBANTU MENGEKALKAN KEPANASAN SUHU DALAM BADAN

  • MEMBANTU MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN TENAGA

  • MEMBANTU MENGAKTIFKAN AIR DALAM TUBUH BADAN

    PREMIUM BEAUTIFUL terdapat dalam 3 siri iaitu:

    1) SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYU DARA
    melangsingkan badan dan membentuk payu dara yang mempesona.

    2) SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGANG
    melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping

    3) SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGUL
    mengempiskan perut yang buncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik .

    PREMIUM BEAUTIFUL telah dianugerahkan dengan SUPERBRANDS Malaysia dan terbukti sebagai pakaian dalam pembentukan kontur badan terunggul.

MENYUSUN SEPULUH JARI..............  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN








DI HARI YANG BERBAHAGIA INI..........

KAMI..SELURUH WARGA MYJ-KL........




Berhemah...? Berhikmah...? ......HARI RAYA...?  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

Salam buat WARGA MyJ KL khususnya serta MyJ Project amnya.....


Ramadhan kian sampai ke penghujungnya...dan Syawal mula menghampiri kita semua...Semuanya ini menandakan 'kejayaan' selama SEBULAN kita menahan diri dari segala sifat negatif. Namun....pernahkah kita menyoal diri kita....adakah kita benar-benar BERJAYA dan bolehkah kita berasa senang hati?

TEPUK DADA...TANYA HATI.....

HARI RAYA IDUL FITRI.....Tahniah kepada yang berjaya.....dengan HARAPAN semoga Ramadhan akan datang masih lagi menjengukkan diri buat kita yang masih memerlukannya....

Hati......tenangkah kita walaupun sebanyak mana ibadah yang kita buat, berjuta bulan Ramadhan yang ditempuhi, dan...berbagai-bagai lagi.... TENANGkah kita?
Pemimpin sering berkata....'KITA PERLU IKHLAS'.....InsyaAllah......Dengan izinNya...

Maka renung2kanlah kepada yang dapat memberikan ruang luang masa yang sedikit cuma......

Persoalan Hati

Di dalam ayat ke 7, persoalan berkenaan hati ini ditujukan khas kepada golongan-golongan munafik yang telah dikunci hati mereka oleh Allah S.A.W.

“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka telah mendapat azab yang berat”.
Antara sebab hati mereka dikunci adalah kerana sifat mereka yang bermuka-muka ataupun dalam bahasa yang mudah bersifat talam dua muka. Hanya menyatakan keimanan pada luaran, tetapi hati mereka kufur dengan Allah S.W.T. Andai kata hati seseorang itu telah dikunci oleh Allah S.W.T ini, maka untuk membuka kunci tersebut, seseorang itu mestilah kembali kepada pemilik kunci tersebut. Hanya dengan kembali kepada pemilik kunci tersebutlah barulah akan terbuka hati yang telah dikunci. Untuk apa hati yang terkunci perlu dibuka? Kerana dengan kunci ini jugalah akan menjadi “kunci” untuk kita memasuki syurga suatu hari nanti.

Seterusnya pada ayat ke 10, surah Al-Baqarah ini Allah S.W.T membawakan perumpaan yang jelas berkaitan dengan hati orang-orang yang munafik dan diistilahkan sebagai “hati sakit”.
“ Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu. Dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”.

Hati yang sakit ini bukanlah bukanlah boleh diubati di mana-mana hospital ataupun Farmasi. Tidak boleh juga dirawat oleh pawang ataupun bomoh. Andai kata ada pakar hati sekali pun, belum tentu dapat merawat penyakit hati sebegini.

Andai kita ingin merawat hati yang sakit ini, kembalilah kita kepada pemilik hati. Hanya pemilik hati inilah yang mengetahui ramuan dan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk merawat hati yang sakit. Sekiranya tidak dirawat, Allah S.W.T sudah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka.

Seterusnya ayat yang ke 74. Di dalam ayat tersebut, Allah S.W.T membawa perumpaan yang menunjukkan betapa kerasnya hati manusia.



“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu. bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (air) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan”.


Apabila membaca ayat ini, teringat kepada perbandingan yang selalu dibuat oleh seorang ustaz apabila membuat perbandingan di antara kerasnya batu dan kerasnya hati manusia. Beliau sering membawa bandingan bahawa kerasnya batu, air boleh memancar daripadanya. Kadang-kadang batu tersebut pecah dan menghasilkan batu-batu yang kecil. Tetapi hati manusia apabila sudah keras, maka tiada siapa yang dapat mengubahnya. Bertambah keras sehingga membawa kekufuran kepada Allah S.W.T.
Maka, melangkah kita ke bulan SYAWAL nanti, menandakan bulan RAMADHAN pasti akan kita rindui......Dari itu...renung-renungkanlah adakah bermanafaat selama sebulan kita BERPUASA namun sikap kita masih lagi tidak berubah...HATI kita masih lagi.........(Nauzubillah.....)
Maaf Dzahir Batin dari MyJKL yang masih lagi Hijau dalam dunia perniagaan ini khususnya dan di pentas Dunia ciptaan Allah amnya. Bimbing-bimbing lah kami.........
SELAMAT HARI RAYA......
MARILAH SAMA-SAMA KITA BERHEMAH DAN BERHIKMAH........
BERTEMU KITA DI PUNCAK KEJAYAAN..........................

Aktiviti Ahli MyJ KL OGOS 2009  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

KARNIVAL MINI EKSPO TAMAN PINGGIRAN USJ


TARIKH : 15 OGOS 2009

TEMPAT : TAMAN PINGGIRAN USJ

MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PTG






TAHNIAH! TINGKATKAN USAHA...

DAN JUMPA DI PUNCAK KEJAYAAN.......


AKTIVITI - AKTIVITI AHLI MyJ KL

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

HOME Kembali ke ATAS