Salam buat WARGA MyJ KL khususnya serta MyJ Project amnya.....
Ramadhan kian sampai ke penghujungnya...dan Syawal mula menghampiri kita semua...Semuanya ini menandakan 'kejayaan' selama SEBULAN kita menahan diri dari segala sifat negatif. Namun....pernahkah kita menyoal diri kita....adakah kita benar-benar BERJAYA dan bolehkah kita berasa senang hati?
TEPUK DADA...TANYA HATI.....
HARI RAYA IDUL FITRI.....Tahniah kepada yang berjaya.....dengan HARAPAN semoga Ramadhan akan datang masih lagi menjengukkan diri buat kita yang masih memerlukannya....
Hati......tenangkah kita walaupun sebanyak mana ibadah yang kita buat, berjuta bulan Ramadhan yang ditempuhi, dan...berbagai-bagai lagi.... TENANGkah kita?
Pemimpin sering berkata....'KITA PERLU IKHLAS'.....InsyaAllah......Dengan izinNya...
Maka renung2kanlah kepada yang dapat memberikan ruang luang masa yang sedikit cuma......
Persoalan Hati
Di dalam ayat ke 7, persoalan berkenaan hati ini ditujukan khas kepada golongan-golongan munafik yang telah dikunci hati mereka oleh Allah S.A.W.
“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka telah mendapat azab yang berat”.
Antara sebab hati mereka dikunci adalah kerana sifat mereka yang bermuka-muka ataupun dalam bahasa yang mudah bersifat talam dua muka. Hanya menyatakan keimanan pada luaran, tetapi hati mereka kufur dengan Allah S.W.T. Andai kata hati seseorang itu telah dikunci oleh Allah S.W.T ini, maka untuk membuka kunci tersebut, seseorang itu mestilah kembali kepada pemilik kunci tersebut. Hanya dengan kembali kepada pemilik kunci tersebutlah barulah akan terbuka hati yang telah dikunci. Untuk apa hati yang terkunci perlu dibuka? Kerana dengan kunci ini jugalah akan menjadi “kunci” untuk kita memasuki syurga suatu hari nanti.
Seterusnya pada ayat ke 10, surah Al-Baqarah ini Allah S.W.T membawakan perumpaan yang jelas berkaitan dengan hati orang-orang yang munafik dan diistilahkan sebagai “hati sakit”.
“ Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu. Dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”.
Hati yang sakit ini bukanlah bukanlah boleh diubati di mana-mana hospital ataupun Farmasi. Tidak boleh juga dirawat oleh pawang ataupun bomoh. Andai kata ada pakar hati sekali pun, belum tentu dapat merawat penyakit hati sebegini.
Andai kita ingin merawat hati yang sakit ini, kembalilah kita kepada pemilik hati. Hanya pemilik hati inilah yang mengetahui ramuan dan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk merawat hati yang sakit. Sekiranya tidak dirawat, Allah S.W.T sudah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka.
Seterusnya ayat yang ke 74. Di dalam ayat tersebut, Allah S.W.T membawa perumpaan yang menunjukkan betapa kerasnya hati manusia.
“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu. bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (air) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan”.
Apabila membaca ayat ini, teringat kepada perbandingan yang selalu dibuat oleh seorang ustaz apabila membuat perbandingan di antara kerasnya batu dan kerasnya hati manusia. Beliau sering membawa bandingan bahawa kerasnya batu, air boleh memancar daripadanya. Kadang-kadang batu tersebut pecah dan menghasilkan batu-batu yang kecil. Tetapi hati manusia apabila sudah keras, maka tiada siapa yang dapat mengubahnya. Bertambah keras sehingga membawa kekufuran kepada Allah S.W.T.
Maka, melangkah kita ke bulan SYAWAL nanti, menandakan bulan RAMADHAN pasti akan kita rindui......Dari itu...renung-renungkanlah adakah bermanafaat selama sebulan kita BERPUASA namun sikap kita masih lagi tidak berubah...HATI kita masih lagi.........(Nauzubillah.....)
Maaf Dzahir Batin dari MyJKL yang masih lagi Hijau dalam dunia perniagaan ini khususnya dan di pentas Dunia ciptaan Allah amnya. Bimbing-bimbing lah kami.........
SELAMAT HARI RAYA......
MARILAH SAMA-SAMA KITA BERHEMAH DAN BERHIKMAH........
BERTEMU KITA DI PUNCAK KEJAYAAN..........................
This entry was posted
on 1:46 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Post a Comment