AWAL MULA PERTAMA MULA PEMBUKA BICARA......

AWAL MULA PERTAMA MULA PEMBUKA BICARA......

Salam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Dari Kaca Mata Media

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

MASIH LAGI RASA SANGSI?  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=438867

08 September, 2009 15:47 PM


Hai-O Marketing Jangka Pendapatan Berkembang 10 Peratus Bagi 2010

Oleh Nor Baizura BasriKUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat pemasaran pelbagai peringkat, Hai-O Marketing Sdn Bhd, menjangka pendapatannya meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 April, 2010, dipacu daripada aktiviti promosi dan iklannya yang agresif.

Pengarah Urusannya Ng Lip Yong berkata sejak Mac, syarikat itu menjalankan kempen promosi yang giat melibatkan iklan televisyen serta menukar rupa bentuk 30 papan tanda besarnya.

"Kami menampilkan lebih banyak papan tanda besar dengan rupa bentuk lebih moden di sepanjang lebuh raya dan di lokasi strategik, jadi semua orang akan tahu mengenai Hai-O."Moral tinggi dalam syarikat sekarang, dan ini sebenarnya memberikan keyakinan kepada pengedar kami," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Syarikat itu mencatatkan pendapatan RM350 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 April, 2009, pertumbuhan lebih 20 peratus daripada RM280 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.Syarikat itu telahpun mencapai sasaran 100,000 anggota tahun ini.Menurut Ng, Hai-O berharap dapat menambah sekurang-kurangnya 3,000 anggota aktif baharu sebulan sebelum akhir tahun ini."Apabila ekonomi kurang baik, itulah masanya biasanya ramai orang mencari pendapatan tambahan. Saya rasa ekonomi Malaysia sedang berada di fasa pemulihan, yang menjadikan situasi malahan bertambah baik sekarang," katanya.

Ng mendedahkan bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan baharu, syarikat itu menawarkan beberapa skim insentif kepada pengedarnya yang berjaya mencapai sasaran khusus.Baru-baru ini, syarikat itu membelanjakan RM2.4 juta untuk menghantar 426 pengedar mengerjakan Umrah di bawah skim tersebut. Ini juga merupakan kumpulan terbesar di bawah skim ini. Syarikat itu mengadakan program insentif yang sama pada 2004 dan 2007 tetapi melibatkan hanya kumpulan yang kecil.

Hai-O Marketing, yang baru-baru ini melebarkan sayapnya ke Indonesia, menyasar antara satu hingga dua tahun sebelum operasi di sana boleh mula memberi sumbangan kepada pendapatan syarikat."Kami akan akan menyediakan penajaan antarabangsa bagi Indonesia. Ini bermakna pengedar Malaysia boleh menaja pengedar bawahan di Indonesia. Ini merupakan langkah pertama bagi kami dalam mengembangkan operasi di luar negara."Kami telah mula menerima permohonan daripada mereka yang berminat menjadi anggota di Indonesia," katanya.Pejabat di Indonesia mula beroperasi bulan lepas.Ng berkata syarikat itu menjangka mempunyai 5,000 hingga 10,000 anggota baharu di Indonesia dalam tahun pertama operasinya.Bagi operasi awal di sana, Hai-O membelanjakan AS$1 juta."Indonesia merupakan pasaran yang menjadi sasaran ramai usahawan Malaysia dan banyak syarikat mencapai kejayaan di sana.

Secara asasnya, anda perlu mempunyai produk, harga dan pelan pemasaran yang betul serta kepimpinan," katanya.Antara produk Hai-O yang dijangka menjadi tarikan adalah penapis airnya, Bio Aura.

-- BERNAMA


This entry was posted on 1:14 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment

AKTIVITI - AKTIVITI AHLI MyJ KL

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

HOME Kembali ke ATAS