AWAL MULA PERTAMA MULA PEMBUKA BICARA......

AWAL MULA PERTAMA MULA PEMBUKA BICARA......

Salam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Dari Kaca Mata Media

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Meniti Hari-Hari Terakhir Ramadhan  

Posted by: MOHD RAFI HARTINI HASAN


KITA umat Islam pada masa ini telah pun memasuki hari-hari terakhir bulan Ramadan. Inilah saat dan ketikanya bagi kita merebut peluang terakhir untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat demi memperoleh ganjaran yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah usaha kita dalam menghayati dan menjalani ibadat puasa kerana kita tidak tahu sama ada kita akan dipertemukan dengan Ramadan akan datang ataupun tidak.
Dengan berakhirnya Ramadan yang mubarak ini, umat Islam akan meraikan kedatangan bulan Syawal. Sudah tentu kita selaku umat Islam merasa gembira dengan kedatangannya, dalam masa yang sama kita merasa sedih untuk meninggalkan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Pada masa ini tidak dapat dinafikan sebahagian besar di antara kita telah pun membuat persiapan-persiapan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia, antaranya keperluan-keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman. Semua ini adalah semata-mata untuk meraikan Hari Raya agar sentiasa dalam suasana gembira.
Perlu diingat dalam kesibukan kita membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Syawal, janganlah kita lalai dan alpa tentang kewajipan yang perlu kita laksanakan, iaitu membayar zakat, khususnya zakat fitrah. Kewajipan itu adalah merupakan pelengkap ibadat puasa kita dan juga sebagai penutup kepada kecacatan-kecacatan yang berlaku dalam kita mengerjakan ibadat puasa.
Dalam keadaan kita sibuk membuat persiapan Hari Raya ini, kita perlulah mengamalkan sifat kesederhanaan dan tidak bermegah-megah sehingga membawa kepada sifat riak dan pembaziran. Allah s.w.t mengingatkan bahawa orang-orang yang membazir itu adalah bersaudara dengan syaitan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampauampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Al-Israa’: 26-27)
Sebenarnya, kita menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan bagi mereka yang telah berjaya menjalani ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, Islam menggariskan panduan tentang cara bagaimana merayakan Hari Raya bagi umatnya agar semua yang dilakukan itu tetap menjadi ibadah.
Dalam kita menyambut malam Hari Raya pertama, kita disunatkan menghidupkannya dengan memuji kebesaran Allah s.w.t dengan melafazkan kalimah-kalimah takbir, di samping kita terus-menerus menghidupkannya dengan membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan sebagainya. Akan tetapi janganlah kita merayakan malam Hari Raya tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan serta mengganggu ketenteraman orang lain. Dan elakkanlah daripada membuat persiapan di saat-saat akhir sehingga larut malam yang boleh menjejaskan peluang untuk bersembahyang sunat Aidilfitri di pagi raya.
Perlulah diketahui bahawa terdapat beberapa amalan sunat yang perlu dilakukan pada pagi Hari Raya seperti disunatkan mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri. Di samping itu, kita disunatkan memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
Manakala perkara yang paling penting dan utama daripada perkara-perkara sunat yang lain dalam kita menyambut Hari Raya ialah menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Daripada Al-Barra’ ia berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Sebagaimana kelaziman yang diamalkan oleh orang-orang kita, bagi memeriahkan suasana Hari Raya ialah dengan ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semata-mata memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Dalam hal ini, apa yang perlu kita ingat ialah jangan sampai dalam kegembiraan itu kita lupa peringatan agama kita supaya perkara baik itu dijaga dan jangan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok dan berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak seperti bersalaman dengan bukan muhram, memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan menjolok mata, menjamu dengan benda-benda haram seperti arak dan sebagainya. Orang Islam bukan demikian cara sambutannya kerana perbuatan sedemikian tidak memberi berkat tetapi sebaliknya mendatangkan bala dan laknat daripada Allah s.w.t.
Pada kesempatan penghujung Ramadan ini, marilah kita sama-sama berusaha menggunakan kesempatan yang ada untuk lebih mempertingkatkan lagi ibadat kepada Allah s.w.t khususnya ibadat puasa dan kelebihan-kelebihan yang ada padanya, iaitu dengan mematuhi segala adab dan peraturan dalam kita mengerjakan ibadat tersebut, agar kita dapat merasakan kenikmatan berpuasa dan berhari raya yang sebenar-benarnya.
Akhirnya, marilah kita sama-sama merayakan hari kemenangan, Hari Raya yang akan menjelang ini dengan mentaati apa yang telah dianjurkan oleh agama Islam. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah s.w.t, dan mudah-mudahan kita semua mendapat berkat dan rahmat serta keampunan daripada Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Ali-Imran: 133)


Copyright © 2009 Islam Hadhari.

This entry was posted on 12:00 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment

AKTIVITI - AKTIVITI AHLI MyJ KL

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

HOME Kembali ke ATAS